06 May 2014

Dunia sementara

Bilik gelap.
Berpintu besi.

Bilik sejuk.
Berpintu kaca.

Bilik suam.
Berpintu papan.

Tapi kau aku dia dan mereka.
Manusia.

Tak usah mencebik sampai tercekik.
Jangan menyumpah hingga berdarah.

Mati nanti kau aku dan mereka sama saja ke tanah.

"Boneka Merah"
Dunia sementara


14 March 2014

Jalan da....

Jangan lalu depan aku.
Benci lihat kau seperti itu.
Seolah memerhati gerak aku.
Seperti mencari rahsia aku.
Meneroka apa yang tertulis di hadapan aku.

Pergi lah kau jauh jauh.
Jauh dari sekeliling aku.
Aku letih menutup segala hitam aku.
Demi tunjuk kan kau semua baik aku.

Jalan lah kau laju laju.
Selaju angin yang bertiup menderu.
Aku risau kau tak sempat.
Kerana mati setelah tahu.
Yang aku itu.
Mimpi ngeri setiap malam mu.

"Boneka Merah"
Ah diam diam....



Lumba lari

Aku tercalon antara mereka.
Piala impian itu bertahun aku tunggu.
Peneman setia dalam anganan hari-hari ku.

Aku bayar untuk jurulatih terhandal.
Aku beli kasut sukan paling mahal.
Aku bersenam sebagai persediaan.

Menuju hari yang semakin mendatang.
Di bandingkan aku dengan mereka.
Aku lah pelari yang paling berpengalaman.
Tetapi tak pernah menang dalam perlawanan.
Sentiasa kalah dan mundur di belakang.

Tapi semangat aku kuat.
Meskipun tewas aku masih bangkit demi satu impian.
Tempat pertama serta piala yang sudah lama aku nantikan.
Antara mereka ada satu musuh dan dia kenalan lama.
Yang paling aku benci dalam arena ini.
Dia yang selalu memandang rendah dan mencebik bibir pada aku.
Aku harus buktikan yang piala itu selayaknya dalam genggaman aku.

Hari itu telah tiba.
Ingin sekali aku buktikan pada mereka yang aku bukannya lemah.
Aku tadah tangan pada mu yang esa.
Agar perkenankan doa dan permudahkan segalanya.

Wisel pelawanan telah berbunyi.
Aku pantas berlari di iringi banyak mata yang memerhati.
Aku lihat dia mencebik bibir pada aku dan kali ini di tambah jelingan.
Aku lantas terjatuh menyembah ke bumi.
Sakitnya bukan kepalang.
Rasanya seperti tertusuk dari kepala ke kaki tembusnya.
Hati turut terkesan.
Berbekal kudrat aku bangkit ke hadapan.
Lagi sekali aku tersembam ke bumi mematikan semua impian dan anganan.

Memikirkan kemana untuk bersembunyi selepas ni
Atau
Cuba untuk pura-pura tabah menjalani.

"Boneka Merah"
Aku sangat berharap pada piala itu tapi dia bukan milik aku"