16 November 2016

Cemburu itu terlalu sakit

Melihat kau dan dia
Pedih
Tutup mata
Hati tetap luka

Melihat kau dan dia
Aku menangis
Puas aku sapu tapi tetap basah

Melihat kau dan dia
Aku marah
Menghempas badan ke tanah
Tapi yang sakit hanya aku sendiri

Melihat kau dan dia
Aku mengecil
Sembunyi di sudut agar tiada siapa nampak
Betapa hancur berderai hati aku
Betapa remuk perasaan aku
Betapa sakit semua ini

Tapi dia yang halal kau
Aku cuma cebisan kenangan
Aku juga patut sedar siapa aku
Mungkin terlupa barangkali

Boneka merah
Cemburu itu terlalu sakit

Lari itu sakit

Aku lari
Bukan aku takut
Bukan aku berani

Tapi
Ianya terlalu sakit untuk aku di sini
Berhadapan kau
Lebih perit menghimpit

Bukan mudah...
Aku juga melalui waktu yang sukar
Bukan semudah kau sangka

Boneka merah
Bukan mudah

Dah cukup menunggu

Setiap hari aku tunggu kau
Setiap masa aku cari
Walaupun aku sibuk
Kau tetap yang terawal dan teratas

Tapi bila kau sibuk
Detik tu hilang sentap hati aku
Suka itu lenyap satu satu
Kenangan itu padam perlahan lahan
Kau hilang dan leka
Kau biarkan waktu tu terus berlalu
Dan membiarkan aku yang sedang menunggu
Semakin parah sakitnya

Aku cakap jangan
Kau minta aku faham
Aku cuba tapi
Kau semakin hilang

Hari ini
Aku tak tunggu lagi
Aku biarkan hati aku sepi
Aku sengaja
Biar mati

Boneka merah
Tunggu kau sampai terluka

Mohon ampun tuhan

Dongak ke langit
Sakit
Tunduk ke tanah
Pedih

Permainan yang aku cipta
Kini jadi taruhan
Antara kecewa dan kecewa lalu kecewa

Mana pergi berani
Mana pergi kekuatan
Semua hilang satu satu
Kini tinggal aku sendiri
Kutip kembali sisa sisa jahil
Menutup lubang lubang cela
Agar semua tidak tahu
Agar semua kena tipu
Agar semua hilang hina pada aku
Hitung lagi hari hari mendatang
Mengheret dosa dosa silam

Aku harap tuhan maafkan
Aku mohon tuhan ampunkan

Boneka merah
Aku yang berdosa

Aku pergi

Aku terluka
Kau balas dengan ketawa

Demmm....

Gugur air mata aku
Berkecai hati aku

Perlahan lahan aku angkat kaki
Pergi
Mungkin
Tak akan kembali lagi

Boneka merah
Hati itu bukan bahan

Pergi lah

Berjauhan memang susah dan sukar
Tetapi jika itu yang terbaik
Sila pergi

Boneka merah
Pergi lah

01 November 2016

Kau tinggal aku menggila

Aku tahu itu salah
Kau kata jangan fikir

Aku tahu itu sukar
Tapi kau kata bertenang

Aku tahu itu sakit
Kau kata sabar

Aku tahu itu dosa
Kau kata nanti belum masanya

Sampai bila
Cinta itu makin berkembang
Rindu itu tinggi melangit
Sayang itu makin dalam

Aku jadi semakin takut
Takut satu hari nanti aku jatuh terus mati

Tiba tiba kau yang hilang
Belum sempat aku ucap selamat tinggal

Boneka merah
Kau pergi tanpa kata