31 October 2016

Jangan pulang

Murung seharian
Memikirkan gundahnya esok
Selepas kita menghilang

Sakitnya esok dengan sayang
Saratnya esok dengan rindu

Tahu adanya kau
Tahu di mana kau
Tahu kemana kau

Aku ikat hati aku
Aku ikat jiwa aku
Aku rantai kaki aku
Dari datang dan pergi
Dari terus rindu merindu
Supaya kita lebih jauh
Dan terus jauh
Jauh

Boneka merah
Jangan pulang

24 October 2016

Sakit tu sakit

Hati aku sakit macam kene tikam pisau tajam
Menjerut leher aku
Rasa nak menjerit
Lari laju laju dan langgar tembok
Hempas badan ke tanah kuat kuat
Meraung bagai nak gila
Memekik macam nak mati
Semua ni rasa sakit
Sakit....
Kenapa kau buat aku macam ni
Kalau kau tak suka sila kan pergi
Kenapa masih cuba tarik tali
Akhir sekali aku yang mati nanti
Masa itu kau berpindah hati
Buat macam kau tu berjiwa suci
Ahhhhh aku bosan dengan semua ni
Aku tak tahu bagaimana tapi aku rasa
Baik aku angkat kaki dan luka sendiri
Dari terus tunggu kau yang menyakitkan hati

Boneka merah
Luka tu kian parah

17 October 2016

Andai esok pagi

Aku kuatir
Andai esok pagi
Celik saja mata
Kau tiada

Aku risau
Andai esok pagi
Buka saja mata
Kau hilang

Aku bimbang
Andai esok pagi
Aku cari kau
Kau tinggalkan aku

Aku lebih takut
Andai esok pagi
Celik saja mata
Aku yang tiada lagi di sini
Untuk terus sama sama kau berlari
Melukis lebih warna di dunia ini

Boneka merah
"Ini kan cuma andai...."

16 October 2016

Sama sama dan sama

Kelmarin aku pakai biru
Kau pun biru

Semalam aku pakai merah
Kau pun merah

Hari ini aku pakai biru merah
Kau pun sama

Seperti hati kita sama
Cinta dan suka

Boneka merah
"Suratan atau kebetulan itu sama saja"

Sengaja cari penyakit

Apakah aku akhirnya
Menggila jahanam
Sasau merayau
Hanyut tenggelam
Meraung meratap

Baling satu batu
Kena kepala aku
Baling dua batu
Kena lagi kepala aku

Aku yang sengaja terjun dalam api
Tapi pura pura tak sedar salah sendiri

Patut baling satu pisau
Tepat kena hati
Biar mati...

Boneka merah
"Degil tu tiada salam"

Kalah dan beralah

Tanya pada hati
Bila akhirnya
...diam...

Tanya pada diri
Sampai bila
...diam...

Tanya pada cinta
Sanggupkah
...diam...

Pejam mata dalam dalam dan merasa
Jatuh satu satu air mata
Saat cinta itu berwarna pelangi
Aku pula terpaksa memilih untuk pergi

Kenapa memilih untuk pergi
Kerana aku tiada hak untuk terus tinggal pada sekeping hati yang telah di miliki insan lain.

Boneka merah.
Cinta itu kadang kala harus menyerah kalah dan beralah