15 June 2013

Sesuatu

Hati bagai di hiris-hiris.
Halus dan dalam sakitnya.
Sesuatu.

Kata yang tak terungkap.
Terjerut dalam diri.
Sesuatu.

Air mata yang mengalir.
Ada cerita menghantui.
Sesuatu.

Bibir itu bisu membatu.
Bicara itu berselang seli duka.
Sesuatu.

Sesuatu...

"Boneka Merah"

Orang bercinta kentut pun bau perfume versace

Tiap malam tutup mata aku nampak wajah kamu.
Tersenyum tersipu terkesima hati aku.
Rindu sampai langit aku pada insan itu.
Yang satu masa dulu genggam tangan dan pernah rangkul bahu aku.

Kita pernah gila berpakaian ikut suka.
Seluar aku corak surat khabar engkau pula kotak2 warna jingga.
Kepala kau botak bawa payung warna hitam ke mana2.
Macam ceti haram tapi itu yang aku suka dan cinta.

Kau sayang aku bagai permata.
Aku sayang kau bagai nyawa.
Kita bersumpah hidup mati bersama.
Kau ukir sumpah pada kertas satu ringgit lama.
Aku untuk kau dan kita pasti bersama.
Punya anak hasil dari cinta kita.
Hidup bahagia selama2nya.
Itu lah sumpah kita.

Semua orang kata kita pasangan paling mesra.
Macam romeo dan juliet versi moden macam dalam drama korea.
Tapi tiba2.
Kau pula main kayu tiga.
Aku menangis berendam air mata.
Hancurnya hati aku rasa.

Aku bawa diri kau pula tidak cari.
Kau benar2 manusia tiada hati.
Aku cari orang lain baru kau nak peduli.
Baru kau sedar aku yang kau cintai.

Cinta kita bermula lagi.

Kau mula baran bila aku pakai lawa.
Kau kata aku nak cari jantan mana.
Kau tuduh aku perempuan tak ada maruah.
Apa salah aku cuma pakai lipstick saja.
Engkau kata aku main kayu lima.

Jumpa saja gaduh aku maki engkau caci.
Sampai depan orang pun kau dah tak perduli lagi.
Aku pula kusut cuba cari mana nak pergi.
Nampak depan mata engkau jalan dengan kawan aku lagi.
Sampai nya hati.
Kita putus lagi dan lagi.

Aku bawa diri ulam jantung makan hati.
Setiap hari menangis kau langsung tak perduli.
Orang kata kau playboy, buaya darat dan banyak lagi.
Kau buat aku rasa lebih baik aku mati.

Purnama silih berganti dan pergi.
Aku dah ada kekasih yang sangat aku sayangi.
Walaupun kau pertama namun bukan terakhir.
Aku pendam rasa dan cuba tak nak fikir.

Lepas aku di ikat kau pula datang tuntut janji.
Aku tutup telinga. Kau kata aku jahil.
Pura2 lupa pura2 tak rasa sedih.
Padahal dalam hati lemas dan banjir.
Aku angkat kaki tinggalkan kau untuk kali terakhir.

"Boneka Merah"
Orang bercinta kentut pun bau perfume versace.

05 June 2013

Sakit berakar luka

Semakin lama aku rasa semakin kosong.
Sama ada aku yang mengosongkan.
Ada dua tapi macam patung.
Mulut berat.
Hati sarat.
Tengok meluat.

Salah aku.
Bila kata tu dah hilang.
Silap aku.
Bila nampak pun dah tak pandang.
Siapa aku.
Macam bukan siapa2 bagi kau sekarang.

Aku rasa sakit betul2 tepat dalam hati.
Ibarat jalani hidup dengan bayang2.
Aku rasa aku dah hilang dalam dakapan kegelapan.

Aku mula mencari aku yang dulu.
Ingin bebas terbang ke awan tanpa tali mengikat aku.
Tali itu jerut fikiran aku sampai aku tak ada hak bersuara. Bisu.

Untuk apa aku jadi perhiasan.
Andai...
Kau tak pandang. Aku tak kau pegang.

Lepaskan.

"Boneka Merah"
Sakit itu berakar luka

Tongong

Duduk tercongok kat sini bebetul buat aku streesss...
Janjinya dari pagi tapi sampai kini petang masih lagi menanti.
*Geram*
Bersungut dalam hati tak henti2.
Doktor doktor....

"Boneka Merah"
Nasib lah badan

04 June 2013

Kau saja

Aku tak faham.
Kenapa kau suka cakap perkara tak masuk akal.
Aku tak suka.
Kalau kau dah mula bicara hal politik, sampai terjojol urat kat leher kau.
Aku bosan.
Bila kau cakap macam orang lain ni semua salah sebab orang lain ni tak belajar tinggi macam kau kat angkasa. 
Aku meluat.
Bila kau tak boleh terima pendapat orang lain.
Aku menyampah.
Apa yang kau cakap tu semua kebanyakkan sampah. 

"Boneka Merah"
Bicara kau songsang

HR yang makan gaji

Kerja sebagai "HR" adalah perkara paling worst dan indah dalam hidup aku.
Masalah orang aku kene settle kan.
Masalah aku memang lah aku kene settle kan.
Senang cerita, semua masalah dorang tepek kat aku.

Kedatangan kau, aku kene jaga.
Kau datang lambat, aku kene kira.
Bila kau nak cuti, aku kene record.
Kau sakit, aku kene pantau.
Kau merajuk, aku kene pujuk.
Dah macam aku ni mak engkau.

Tapi...
Peraturan syarikat kau tak nak ikut.
Kau buat aku betul² serabut.
Aku cakap sepatah kau cakap sampai berpuluh ribu patah.
Dah macam anak derhaka kiranya.
Ah...... gila gila gila!!!

Aku cakap lebih², bos marah aku.
Aku cakap kurang², bos marah aku.
Tak boleh lebih kurang, kau aje yang menang.

Nak buat macam mana.
Aku tak nak makan gaji buta.
Sebab tak berkat.
Kita kan sama² kerja.
Kau jangan susahkan aku.
Kita boleh jadi sehati sejiwa.
Ah... bukan maksud aku bercinta.

"Boneka Merah"
Kau jaga aku, aku jaga kau. : )



Anak

Aku nak anak!
Satu, dua, tiga dan empat. Hampir lima tahun! 
*mata mula berkaca*

Menjerit, melolong, melaung, memekik, merintih, meraih...
Semua sudah... Hanya yang belum cuma rezeki kami.

Usaha bukan sedikit.
Duit pula bukan seringgit dua tapi habis beribu.
Tapi semua sia² jadi debu jadi abu. Berterbangan...
Tukang urut pukul satu badan sampai menitik air mata. Sakit....
Dari rumah pondok sampai hospital mewah aku jejak masih tiada akhirnya.
Duit sini duit sana... macam aku kerja gaji 10 angka.
Pipi aku terbarai saat doktor mula menjengah ke bawah.
Sumpah aku malu!. Tapi cuma dia yang paling tinggi IQ sainsnya.
Dia kata aku "PCOS", dengan senyum aku kata buat lah apa saja janji aku mahu bahagia.
Tangan menggigil kaki menggeletar saat masuk bilik bedah, aku terpaksa.
Orang yang pandang tak rasa apa² mereka tak rasa. 
Walaupun terpaksa kalah berkali² tapi aku masih nak cuba. 
Itu pun kau masih kata aku tak usaha?. 
*Maki kau lagi dalam hati*

Hari raya, kenduri, cukur jambul, kenduri arwah dan bla bla bla
"Dah lama kahwin, mana zuriatnya?"..
"Kesian, dah lama kahwin tapi tak ada anak"
"Tak cuba dekat sini ke? kat sana dah cuba?"
"Aku mengandung lagi, kau ni bila?"
"Orang lain anak dah masuk dua tiga, kau?"
"Dia baru kahwin dah lekat, subur betul, kau?"
Aku.... aku.... aku.... belum ada rezeki dan cuma ini modal aku selamatkan diri.
Cuba sembunyikan perasaan tapi bila aku bebas.
Sampai tersedu aku bawah bantal tekap air mata dan suara.
Mereka tak rasa apa yang aku rasa.
Mereka tak kan pernah tahu dan ambil tahu.

Sebab yang menanggungnya aku.
Yang sial itu aku.
Yang malang itu aku.
Yang bagai pohon tak berbuah itu aku.
Yang mandul itu aku.
Yang berbagai² itu semuanya aku.
Dan ini bahagian aku.

Untung lah engkau ada anak.
Dapat rasa mengandung dan rasa nadi dalam perut berdetak.
Jalan dengan anak tidur dengan anak.
Ketawa dengan anak bergurau dengan anak.
Untung nya engkau punya anak.

Untung lah engkau ada anak.
Satu, dua. tiga empat, lima...
Tapi kau buat anak kau macam tak ada mak bapak.
Kau biar dia main parit main semak.
Kau biar dia berkutu banyak².

Untung lah engkau ada anak.
Belum nikah dah keluar anak.
Kau jahil, bodoh dan tak ada otak.
Apa salah budak tu kau bunuh dia sebelum kau beranak.

Untung lah engkau ada anak.
Kau manja kan dia sampai dia tinggi dan akal banyak.
Bila besar kau pula dia lanyak.
Yang lelaki jadi mat gian yang perempuan tak nikah dah beranak pinak.

Malangnya aku tak ada anak.
Tapi ada yang lebih malang dari aku.
Andai ini suratan aku turutkan.
Andai ini ketentuan akan aku redhakan.
Aku cuma mampu pasang angan².
Andai aku di kurniakan cahaya mata.
Akan aku lenturkan sampai jadi insan berpengetahuan.
Akan aku sulam sifat kemanusiaan.
Ini cuma andai... andai di perkenankan.

Sabar lah hati.
Sabar lah nyawa.
Sabar lah... 


"Boneka Merah"
Anak


03 June 2013

Orang baru kahwin

Biasa lah orang baru kahwin.
Hidup dah berdua.
Tak perlu kawan. Hilang makna sahabat.

Perihal orang baru kahwin.
Mula dah jadi riak maklum lah kewangan bertambah.
Aku rasa mengampah.
Dulu² kau pinjam sekupang dua juga dengan aku.

Sedap lepas kahwin.
Sampai rasa tak nak bangun dari katil.
Lupa nak pergi pejabat cari rezeki.
Rasa nak sambung tidur dan tarik selimut tutup kepala.
Semua kerja ni siapa nak selesaikan.
*Ketap bibir, geram*

Itu baru lepas kahwin.
Kalau lepas 10 tahun kahwin.
Harap² kau tak muncul depan aku tuntut atas satu nama.
Sahabat!

"Boneka Merah"
Kahwin itu nikmat tapi jangan lalai sangat macam lalat.



Satu budak hitam

Satu budak hitam.
Yang tak tahu adab dan biadap.
Otak kau macam tin kosong.
Bicara kau pula berbelit tersimpul.
Serabut! Kusut!

Satu budak hitam.
Lumba telan paku dan berak paku,
Kulit kau keras kalis peluru,
Kalau buka mulut impian kau cuma satu,
Kau saja yang betul. Macam sangat bagus.
Yang cedera si budak putih kulit macam bawang.

Satu budak hitam,
Dua budak  hitam,
Tiga budak hitam,
Semua sama sahaja tak ada beza.
Mengalahkan mulut ayam betina bertelur.
Keluar satu telur riuh kau satu kampung.

"Boneka Merah"
Pergi jalan lah engkau budak hitam! Kau bising!





Aku Hyperhidrosis

Aku seorang hyperhidrosis,
Hidup dalam dunia sendiri dan langsung tak ada keyakinan diri.
Malu jumpa manusia tapi kalau jumpa kucing ok jek, kucing tak banyak songeh.
Orang kata aku selekeh, pengotor, serabai... 
Aku senyum tapi dalam hati maki kau sebakul.
Tangan berlendir, kaki berair, ketiak basah...
Kau orang fikir aku nak ke penyakit yang merimas kan ni?... 
Aku insan terpilih... 
*Mata pandang atas, tangan kat bahu*
Cuba kau orang bayangkan apa yang aku rasa...
Jalan² lepas tu tergelincir/terlentang kat lantai sebab kaki basah,
Kasut bau masam atau busuk sebab kaki basah,
Tangan jadi kembang sebab peluh banyak sangat,
Apa yang di pegang akan jatuh ke lantai especially barang kaca,
Kertas yang di pegang akan rosak, basah, lunyai, koyak dan sewaktu dengannya,
Pegang pen pun susah sebab licin, 
Nak pegang tangan dengan kekasih pun susah, kalau degil jugak maka menitis lah air dari celah jari jemari kami,
Nak bersalam lagi lah, lepas salam orang tu buat muka geli, aku lebih malu dan mana nak sorok muka,
Baju nak pakai pun sedih tak dapat pakai baju pink, biru terang, hijau terang... cuma kena pakai baju hitam sebab tak nampak peluh,
Ini baru sebahagian... kau orang tak rasa jadi kau orang tak tahu...
Aku rasa sedih tapi aku terima,
Aku redha dengan apa yang tuhan beri. Aku redha...
Aku dah berpuluh tahun tanggung semua ni. 
Aku tak pinta tapi mungkin ini ketentuannya.
Ini bahagian aku di dunia...

"Boneka Merah"
Kau tak rasa sebab aku yang tanggung