25 July 2013

Kau bagi aku ambil

Kau bagi.
Aku Ambil.

Hari ini.
Kau bagi.
Aku tak ambil lagi.
Aku hantar ia dengan mata ke bumi bersepai.

Kenapa?.
Aku baru tersedar.
Yang kau bagi selama ini.
Gula beracun untuk aku.
Bibir hisap rasa manis bila telan jadi akar hitam.

Senyuman kau, pura² suka ada sinis.
Cakap² kau, berselit sandiwara dalam bahasa.
Mata kau, jelingan kau, renungan kau, membaham.
Semua tu racun yang perlahan² membunuh.

Aku tak ingin lagi bermain dengan pembunuh seperti kau.
Depan aku sempurna segala, belakang aku kau tikam.
Lebih baik aku pergi dari sini.
Dari menadah tubuh di hentam berkali².

Hebahkan... ceritakan...
Biarkan satu dunia tahu.
Aku ini si sundal yang merampas kebahagiaan kau.
Aku manusia yang tak akan mencium bau syurga tuhan.
Aku itu ahli neraka jahanam.
Aku penyebab derita bagi engkau dan engkau.
Aku makhluk biadap yang memisahkan hubungan manusia.
Bicara lah, hina lah semahu dan sepuas hati kau.
Tangan aku tak mampu untuk tutup setiap telinga yang mendengar.

Yang aku ada cuma bisu dan bait² kata aku ubah jadi puisi.
Puisi tempat aku landaikan air mata dan bicara.

"Boneka.Merah"
Andai aku punya magis, aku tak terhina sebegini

15 July 2013

Geram orang SWASTA

Dulu-dulu dia ugut.
Kalau tak buat boleh di sita barang tersebut.
Aku cuak dan telan air liur.
Takut.

Kelmarin.
Aku google, aku cari maklumat untuk laksanakan tugas tersebut.
Call² pihak tersebut sampai petang baru ada orang jawab,
Kemana pergi mungkin ke shopping compleks lepak² gelak².
Sudah lah begitu, pass sana pass sini dan putus.
Call lagi tak berjawab.
*Ketap bibir tahan geram*

Hari itu.
Aku hantar borang tersebut melalui courier service.
Semoga selamat perjalanannya tepat ke tuan punya arahan.

Hari ini selepas 42 hari dia terima surat aku.
Senyap seribu bahasa.
Apa cerita?.
Hati sedikit panas.

Cuba hubungi tiga nombor tapi tak berpenghuni.
Jam berapa mereka masuk kerja atau masih lagi berjoli,
Sabar lah duhai hati,
Aku dail lagi dan lagi.
Yes.... dapat pun.
Dia pass talian tu pada satu dua tiga dan empat. Terasa nak menyumpah.
Dia tanya aku soalan demi soalan dan berbisik.
"Tak ada pula nama tersebut". Aku rasa nak maki pula.
Dengan sombong selepas beberapa soalan agak bodoh.
Dia bagi aku satu nama, sila hubungi orang ini. Tapi orang ini tak ada di sini hari ini.
"Sial, itu makian pertama yang ikhlas dalam hati".
Aku kata sudah satu bulan lebih hantar kenapa masih tak ada jawapan.
Dia kata banyak lagi orang yang mohon bukan kamu saja.
Satu bulan itu sudah cukup awal...
Aku terkedu. Hati mendidih rasa nak tampar-tampar mulut tersebut.

Bukan semua orang kerajaan demikian sikap.
Tapi kerana satu mulut puaka,
Buat aku rasa benarlah apa persepsi orang swasta...!!!

"Boneka.Merah"
Sudah cukup baik kau dapat kerja kerajaan, jangan lah sia²kan.

08 July 2013

Harapan dan Impian yang satu

Aku lari lari dan jatuh.
Bangun dan sambung berlari tapi jatuh lagi.
Aku bangun lagi kali ini larian aku semakin perlahan.
Tetap juga jatuh.
Aku berhenti dan diam.
Mula fikir, salah aku atau salah batu.
Aku melangkah setapak dan setapak lagi.
Kali ini kaki aku tersandung kayu.
Aku bersungut dalam hati rasa nak maki.
Aku jalan lagi kali ini lebih laju lagi.
Dan akhirnya aku berlari lalu tersembam muka ke bumi.
Kali ini lebih tragis dan ngeri.
Aku hilang kaki untuk berlari.

Itu semua ibarat,
Harapan dan impian aku.
Mudah untuk orang lain tapi bukan untuk aku, diri aku.
Perlu bersusah payah, melalak, memekik, sakit hati, malu...
Hanya satu.
Moga aku kuat untuk teruskan cita-cita aku.
Walau tanpa kaki, tangan pun aku masih mampu.

"Boneka Merah"
Hanya untuk mu zuriatku