Bila aku pandang langit
Aku harap kau pun pandang langit
Supaya mata kita bertemu di situ
Boneka_merah
Mata kau aku
Bila aku pandang langit
Aku harap kau pun pandang langit
Supaya mata kita bertemu di situ
Boneka_merah
Mata kau aku
Tuhanku
Berilah rasa yang berat dan sarat ini padanya
Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menanggungnya lagi...
Boneka merah
Terlalu sakit
Walaupun kau aku lain
Tapi kita sama
Aku rindu kau
Kau rindu aku
Aku sayang kau
Kau sayang aku
Aku biru kau biru
Aku merah kau merah
Kita tak pernah berjanji untuk sama
Tapi takdir tu selalu bersama kita
Dan
Jodoh kita bukan untuk bersama juga sama
Boneka merah
Kau aku sama
Rasa rindu yang semakin menggila
Rindu kau
Rindu kau
Dan
Rindu kau
Sedangkan kau
Bahagia bersama dia di atas kesakitan aku
Patut aku bunuh mana satu
Kau, dia atau aku yang patut mati
Boneka merah
Rindu itu menyakitkan
Kalau nak kata benci
Aku ada sejuta alasan untuk benci kau
Tapi aku kalah teruk dengan satu perasaan
Sayang
Boneka merah
Alasan saja
Aku sayang kau
Aku sangat sayang kau
Aku sangat sangat sayang kau
Sungguh
Tapi aku terpaksa kurung hati aku
Simpan semua perasaan aku
Telan air mata aku
Diam
Tuhan
Kuatkan aku tuhan
Allahu.....
Boneka_merah
Sayang
Semalam kau ada
Hari ini kau hilang
Aku bingung tapi aku putuskan untuk
Tunggu dan menunggu
Semalam masih bergurau senda
Hari ini senyap sunyi
Semalam masih ada senyuman
Hari ini aku bermuram
Semalam kau masih lagi berjanji
Hari ini aku masih percaya
Semalam kau masih lagi biar aku merindu
Tapi hari ini kau bunuh semua perasaan aku
Aku tak mampu membenci
Aku tak mampu tanggung rindu
Aku tak mampu lupakan kau
Aku tak mampu...
Tapi
Mahu atau tidak aku kena teruskan
Walau semua rasa menikam hati aku saat ni
Walau hancur luluh jiwa raga aku
Aku terpaksa senyum walau hati aku
Hanya tuhan yang tahu
Boneka merah
Selamat tinggal
Melihat mata mata mereka
Aku jadi mengecil
Tak sanggup untuk aku rampas
Setiap senyum tawa pada wajah wajah itu
Tak mampu untuk aku hancurkan
Semua impian dan harapan
Walau aku sedar yang sayang aku begitu besar
Rindu aku begitu mendalam
Dan semestinya cinta aku...
Aku pergi dulu...
Sakit sakit itu tidak akan kekal
Aku kuat walau sebenarnya retak berkecai
Boneka merah
Aku yakin sakit itu nanti pudar