07 February 2017

Akhirnya

Semalam kau ada
Hari ini kau hilang
Aku bingung tapi aku putuskan untuk
Tunggu dan menunggu

Semalam masih bergurau senda
Hari ini senyap sunyi
Semalam masih ada senyuman
Hari ini aku bermuram
Semalam kau masih lagi berjanji
Hari ini aku masih percaya
Semalam kau masih lagi biar aku merindu
Tapi hari ini kau bunuh semua perasaan aku

Aku tak mampu membenci
Aku tak mampu tanggung rindu
Aku tak mampu lupakan kau
Aku tak mampu...

Tapi
Mahu atau tidak aku kena teruskan
Walau semua rasa menikam hati aku saat ni
Walau hancur luluh jiwa raga aku
Aku terpaksa senyum walau hati aku
Hanya tuhan yang tahu

Boneka merah
Selamat tinggal

No comments:

Post a Comment