04 June 2013

Anak

Aku nak anak!
Satu, dua, tiga dan empat. Hampir lima tahun! 
*mata mula berkaca*

Menjerit, melolong, melaung, memekik, merintih, meraih...
Semua sudah... Hanya yang belum cuma rezeki kami.

Usaha bukan sedikit.
Duit pula bukan seringgit dua tapi habis beribu.
Tapi semua sia² jadi debu jadi abu. Berterbangan...
Tukang urut pukul satu badan sampai menitik air mata. Sakit....
Dari rumah pondok sampai hospital mewah aku jejak masih tiada akhirnya.
Duit sini duit sana... macam aku kerja gaji 10 angka.
Pipi aku terbarai saat doktor mula menjengah ke bawah.
Sumpah aku malu!. Tapi cuma dia yang paling tinggi IQ sainsnya.
Dia kata aku "PCOS", dengan senyum aku kata buat lah apa saja janji aku mahu bahagia.
Tangan menggigil kaki menggeletar saat masuk bilik bedah, aku terpaksa.
Orang yang pandang tak rasa apa² mereka tak rasa. 
Walaupun terpaksa kalah berkali² tapi aku masih nak cuba. 
Itu pun kau masih kata aku tak usaha?. 
*Maki kau lagi dalam hati*

Hari raya, kenduri, cukur jambul, kenduri arwah dan bla bla bla
"Dah lama kahwin, mana zuriatnya?"..
"Kesian, dah lama kahwin tapi tak ada anak"
"Tak cuba dekat sini ke? kat sana dah cuba?"
"Aku mengandung lagi, kau ni bila?"
"Orang lain anak dah masuk dua tiga, kau?"
"Dia baru kahwin dah lekat, subur betul, kau?"
Aku.... aku.... aku.... belum ada rezeki dan cuma ini modal aku selamatkan diri.
Cuba sembunyikan perasaan tapi bila aku bebas.
Sampai tersedu aku bawah bantal tekap air mata dan suara.
Mereka tak rasa apa yang aku rasa.
Mereka tak kan pernah tahu dan ambil tahu.

Sebab yang menanggungnya aku.
Yang sial itu aku.
Yang malang itu aku.
Yang bagai pohon tak berbuah itu aku.
Yang mandul itu aku.
Yang berbagai² itu semuanya aku.
Dan ini bahagian aku.

Untung lah engkau ada anak.
Dapat rasa mengandung dan rasa nadi dalam perut berdetak.
Jalan dengan anak tidur dengan anak.
Ketawa dengan anak bergurau dengan anak.
Untung nya engkau punya anak.

Untung lah engkau ada anak.
Satu, dua. tiga empat, lima...
Tapi kau buat anak kau macam tak ada mak bapak.
Kau biar dia main parit main semak.
Kau biar dia berkutu banyak².

Untung lah engkau ada anak.
Belum nikah dah keluar anak.
Kau jahil, bodoh dan tak ada otak.
Apa salah budak tu kau bunuh dia sebelum kau beranak.

Untung lah engkau ada anak.
Kau manja kan dia sampai dia tinggi dan akal banyak.
Bila besar kau pula dia lanyak.
Yang lelaki jadi mat gian yang perempuan tak nikah dah beranak pinak.

Malangnya aku tak ada anak.
Tapi ada yang lebih malang dari aku.
Andai ini suratan aku turutkan.
Andai ini ketentuan akan aku redhakan.
Aku cuma mampu pasang angan².
Andai aku di kurniakan cahaya mata.
Akan aku lenturkan sampai jadi insan berpengetahuan.
Akan aku sulam sifat kemanusiaan.
Ini cuma andai... andai di perkenankan.

Sabar lah hati.
Sabar lah nyawa.
Sabar lah... 


"Boneka Merah"
Anak


1 comment:

  1. sabarlah wahai sahabat
    walau beribu kali 'sabar' dituturkan
    tapi kehendak dan keinginan hati
    tiada berpenghujung

    mudah menuturkan kata
    sukar menerima maksud
    hanya senyum dihadapan
    hanya airmata di belakang

    Walau segala macam dicuba
    walau segala jenis dihadap
    walau segala bagai dirasa
    walau segala gaya dibuat

    sabar, sabar, sabar dan bersabar
    wahai sahabat ku sayang.
    ku tau sungguh jelak mndengar ayat² itu

    tapi bukan hanya itu mampuku ungkapkan
    dgn sepotong doa ku titipkan buatmu dalam solatku.

    ReplyDelete