Aku,
masih
disini,
masih
memerhati pergerakan awan,
masih
merenung sang bulan,
masih nikmati
kilauan bintang,
merasai
hangatnya mentari,
dari mata
redup ini,
hanya kau
yang berganding,
hanya kau
yang menyunting,
kerana
khayalan ku hanyalah untukmu,
langkah ku
juga dirimu,
kau...kau...kau...dari
hembusan nafas ini,
yang
terhirup nafas bersulam namamu,
yang
terhambar kiriman kerinduan untukmu,
moga
nafasku merangkul kehidupanmu,
bibir yang
sepi,
tidak mampu
lagi untuk meminta kehadiranmu,
tidak
sekali- kali meluahkan padamu,
kerana
kebencianmu menutup bicaraku,
wajah yang
menunduk ini,
tidak akan
sekali mendongak lagi,
kerana
malukan penghinaan,
kerana
takutkan kehidupan,
telinga
ini,
akanku
pekakkan,
supaya
suara sumbang manusia segera hilang,
diri aku,
akan
selamanya begini,
sampai
suatu hari,
aku akan
terbang tinggi dan tinggi....
"Boneka Merah"
No comments:
Post a Comment