Sepi
berlanggar,
Pecah
bergema,
Serpihan
menjadi seribu,
Jatuh
satu satu singgah menerokaku.
Lolongan
itu bingit,
Menjerit-
jerit memekik,
Sahut
menyahut bertempiaran,
Sapa
menyapa atau amaran.
Mataku
meliar berlanggar penjuru,
Tubuh
mula dingin dan kuyup peluh,
Dada
berombakan bergetaran,
Bibir
terkatup bisu.
Satu
suara lalu,
Halus
merayu,
Lolongan
terhenti dan pergi,
Setelah
suara itu merintih menagih.
Cuma
sepintas ayat surah terjamah di hatiku,
Berharap
suara itu berlalu,
Kerana
ku tahu kewujudan itu,
Bukan
berkaki ke tanah sepertiku.
"Boneka Merah"
21/07/2008 - bukan aku pewarismu~!!!!!
No comments:
Post a Comment